Tuesday, January 19, 2010

Apa Berlaku Semasa Anda Tidur.





Manusia telah menghabiskan 1/3 daripada masa mereka dalam tidur.oleh itu,tidur dan rehat yang berkualiti ada lah penting untuk kesejahteraan kita .Ia ada lah penting untuk kesihatan fizikal dan mental dan untuk mengoptimakan fungsi fungsi harian kita.
Apa kah itu tidur yang berkualiti?
Tidur yang berkualiti bermakna mempunyai rehat yang mempunyai jangka masa yang cukup serta mendalam yang membolehkan seseorang sedar selepas membangun dan segar sepanjang hari.
Apa berlaku semasa kita tidur?
Semasa badan kita rehat,semua sel badan akan diperbarui dan dibebaskan ,kerja kerja pembaikan ke atas kecederaan dan penyakit penyakit akan dijalankan,aktiviti aktiviti otak kita yang mengawal emosi,proses pembuat keputusan dan interaksi sosial dihentikan,membolehkan kita mengekalkan emosi dan fungsi fungsi sosial yang optima semasa kita membangun .
Apa kah kesan positiv tidur yang berkualiti?
Tidur juga menguatkan minda dan kesedaran,membolehkan kita berasa bertenaga dan lebih berjaga secara fizikal. Ia juiga meningkatkan daya ingatan dan keupayaan bel;ajar;mengurangkan tekanan,rasa kebimbingan dan kerisauan. Tidur yang berkualiti menjaga kesihatan hati dan mengurangkan risiko kemurungan.
Ada kah masyarakat zaman sekarang mempunyai tidur yang berkualiti?
Jawapan nya TIDAK. Kalau kita lihat cara hidup masyarakat yang hidup dibandar bandar ,hidup sosialnya bermula jam 10.00 malam dan berakhir sehingga subuh atau pagi. Tidak heran lah restoran restoran kopitiam ,night club dan disko dipenuhi remaja remaja dan orang dewasa yang ingin bersosial ,sama kah tidur mereka pada siang hari ?Lihat lah pula kehidupan pelajar yang tidak tidur sampai 2 hari kerana hendak "exam fever"? Melihat kepada fenomena tersebut sudah semestinya mereka lambat laung akan menghadapi dengan masalah kesihatan,kerana, daya ketahanan tubuh atau imuniti tubuh akan menurun dan mengundang pelbagai masalah kesihatan.  

No comments:

Post a Comment